FAQs

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

1. Apakah itu CEDI?

CEDI ialah Co-operative and Entrepreneurship Development Institute atau  Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

2. Dimanakah lokasi CEDI?

Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) terletak di Kompleks Konvensyen, Universiti Utara Malaysia. Ia adalah berhampiran dengan pejabat Pusat Penyelidikan Koridor Utara (NCRC), ITU-UUM dan pejabat UTLC.

3. Apakah peranan utama CEDI?

1.   Memberi perkhidmatan yang efektif sejajar dengan kehendak pelanggan.
2.   Menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi dalam bidang keusahawanan dan koperasi.
3.   Menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi dalam bidang keusahawanan dan koperasi.
4.   Menghasilkan jumlah penyelidikan pelajar pasca siswazah dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

4. Siapakah Pengarah Eksekutif terkini CEDI?

Prof Madya Dr. Abdul Rahim Bin Othman

5. Apakah kemudahan yang disediakan di CEDI kepada para pelajar?

CEDI menyediakan kemudahan khas untuk kegunaan semasa para pelajar. Antara kemudahan yang telah tersedia ialah Bilik Informasi, Pusat Simulasi Perniagaan, Dewan Seminar, Dewan Makan, Bilik Sumber dan Taman Santai Harmoni.

kemudahan

6. Adakah CEDI menyediakan suatu latihan untuk para peniaga yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan?

sl

Ya. Antara program yang dijalankan ialah sepert program SME@UUM. Program ini adalah program kerjasama antara UUM dan SME Corp yang dijalankan khas untuk para usahawan, bakal usahawan dan individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan. Program ini dijalankan selama 3 bulan dan sepanjang tempoh tersebut peserta akan mempelajari akan ilmu-ilmu keusahawanan termasuklah Perakaunan, Undang-undang, Sumber Manusia dan sebagainya.

7. Apakah antara bidang tumpuan dalam pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Keusahawanan?

Antara bidang tumpuan yang ditekankan adalah:

   1.  Pendidikan Keusahawanan
   2.  Keusahawanan Sosial dan Koperasi
   3.  Perniagaan Keluarga
   4.  Keusahawanan Wanita
   5.  Teknousahawan

8. Apakah prosedur permohonan program pengajian Pasca Siswazah dalam bidang Keusahawanan?

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang. Permohonan atas talian juga adalah melalui portal rasmi UUM dan perlu dihantar ke alamat berikut:

    Othman Yeop Abdullah
    Graduate School Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Makmur.