CEDI Anjur BOOTCAMP Siri 2 Kepada Peserta Program Pembangunan Usahawan Profesional (PPUP) & Program START-UP Serta Bengkel Training Of Trainers (TOT) Secara Serentak

Ditulis oleh Syed Muhammad Awaludin Tuan Baharu on . Posted in Blog

bootcamp tot 2015

Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) telah melaksanakan Bootcamp Siri 2 untuk peserta Program Pembangunan Usahawan Professional (PPUP) dan Program Start-up pada 14-16 Oktober 2015 bertempat di Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Pada masa yang sama, CEDI juga telah berjaya menganjurkan Bengkel Training Of Trainer (TOT) kepada pensyarah dan tenaga pengajar yang akan menjadi mentor/coach untuk program ini serta program-program keusahawanan yang akan dianjurkan oleh CEDI.

Penganjuran program Bootcamp siri 2 telah disertai seramai 70 orang pelajar dari pelbagai kos. Para pelajar telah diuji dengan pelbagai aktiviti luar yang mencabar seperti Teambuilding Games, Rafting dan sebagainya. Ia adalah bagi melihat sejauh mana ketahanan fizikal dan mental seseorang pelajar itu dalam menghadapi situasi sukar dan mencabar sebagaimana cabaran yang dihadai apabila bergelar seorang usahawan serta mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan dan kerja berpasukan.

Selain itu para pelajar juga telah diminta untuk menjana idea perniagaan yang hendak dijalankan. Ia adalah sebagai langkah awal untuk mereka mempelajari bagaimana membuat perancangan perniagaan dan mencari idea perniagaan yang berpotensi untuk dijalankan.  

Sementara itu, seramai 20 orang pensyarah termasuk Dekan, Penyelaras program, Penasihat kelab serta tenaga pengajar daripada staf pentadbiran telah mengikuti Bengkel Tarining Of Trainer (TOT). Bengkel ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam kalangan kumpulan pelatih untuk menjadi mentor, coach dan kaunselor keusahawanan kepada peserta program START-UP dan PPUP  serta program ? program keusahawanan anjuran CEDI.

Program PPUP & Start-Up merupakan program keusahawanan berimpak tinggi, iaitu cetusan idea daripada CEDI dalam usaha melahirkan usahawan graduan UUM termasuklah usahawan graduan professional dalam bidang perakaunan dan undang-undang apabila tamat belajar kelak. Program yang telah mendapat suntikan dana daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu daripada peringkat pendedahan kepada keusahawanan, pemilihan, kursus dan sehinggalah ke fasa perkembangan.