official

A- A A+
Reset red yellow blue  W3C  disa
Sitemap sitemap

uumlogo

Feedback | FAQs | Support

Pasca Siswazah

CEDI mengalu-alukan calon warga Malaysia dan Antarabangsa untuk mengikuti pengajian Pasca Siswazah di peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Keusahawanan dan Koperasi di Kampus Utama UUM Sintok. Program ini adalah relevan kepada mereka yang berminat untuk menjalankan penyelidikan yang akan menyumbang ilmu baru dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

BIDANG TUJAHAN

  • Pendidikan Keusahawanan
  • Keusahawanan Sosial dan Koperasi
  • Perniagaan Keluarga
  • Keusahawanan Wanita
  • TeknoUsahawan


SYARAT KEMASUKAN

Program Sarjana Mod Penyelidikan
Calon perlu memenuhi syarat-syarat berikut

  1. Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dan memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PNGK tidak kurang dari 2.75 dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja atau skor yang baik dalam Graduate Management Admission Test (GMAT) Graduate Record Examination (GRE) dan memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris; atau
  3.  Diploma dari mana-mana IPT yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman kerja yang berkaitan dan berumur 35 tahun atau lebih dan memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris.

Nota: Permohonan yang tidak memenuhi mana-mana syarat kemasukan Pasca Siswazah masih boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran berdasarkan kepada syor dari Ahli Jawatankuasa Pasca Siswazah dan disokong oleh Senat. Pemohon perlu menghadiri satu sesi temuduga.

 

DOKTOR FALSAFAH (PhD)

Permohonan bagi program pengajian peringkat Doktor Falsafah perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Ijazah Sarjana di Universiti atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.50 dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  3. Mana-mana kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti; dan
  4. Memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris

Nota: Calon dikehendaki mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penyelidikan seperti yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Akademi. Kalau tanpa kemahiran penyelidikan dikehendaki mengikuti dan lulus empat (4) kursus di bawah:

BDMR 8013 Penyelidikan Perniagaan dan Metodologi
BDMR 8023 Penyelidikan Kuantitatif
BDMR 8033 Penyelidikan Kualitatif
BDMR 8043 Analisis Kuantitatif Lanjutan

Universiti berhak untuk mengubah peraturan ini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

 

MOD DAN JANGKAMASA PENGAJIAN

Program ini ditawarkan secara sepenuh masa dan separuh masa di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Pengajian universiti adalah berdasarkan secara 2 semester (Mac & September). Pendaftaran dibuka bagi kedua-dua semester. Jangkamasa pengajian bergantung kepada Mod pengajian.

PROGRAM MOD MINIMUM MAKSIMUM
Program Sarjana Penyelidikan Sepenuh Masa 2 Semester 6 Semester
Sepenuh Masa 3 Semester 10 Semester
Program Doktor Falsafah Sepenuh Masa 4 Semester 10 Semester
Sepenuh Masa 6 Semester 14 Semester

 

YURAN PENGAJIAN

PROGRAM WARGANEGARA MOD

YURAN/SEMESTER
(RM)

Program Sarjana Penyelidikan Malaysia Sepenuh Masa 1,110.00
Separuh Masa 900.00
Asean Sepenuh Masa 1,650.00
Bukan Asean Separuh Masa 1,850.00

PROGRAM WARGANEGARA MOD

YURAN/SEMESTER
(RM)

Program Doktor Falsafah Malaysia Sepenuh Masa 1,850.00
Separuh Masa 1,350.00
Asean Sepenuh Masa 2,220.00
Bukan Asean Separuh Masa 2,405.00

 

YURAN VIVA WARGANEGARA MOD

YURAN/SEMESTER
(RM)

Program Sarjana Penyelidikan Malaysia Sepenuh Masa 950.00

1,250.00
Separuh Masa
Asean Sepenuh Masa 1,450.00
Bukan Asean 1,750.00
Program Doktor Falsafah Malaysia Sepenuh Masa 1,750.00
Separuh Masa
Asean Sepenuh Masa 1,950.00
Bukan Asean 2,150.00

 

 PROSEDUR PERMOHONAN

Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari laman sesawang. Permohonan atas talian juga boleh dibuat melalui www.uum.edu.my. Borang permohonan perlu dihantar kepada alamat berikut:

Othman Yeop Abdullah
Graduate School of Business,
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah Darulaman, Malaysia.

Tel : 604-9285656/ 3930

Faks : 604-9285220

Website : www.oyagsb.uum.edu.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Unit Penyelidikan dan Pasca Siswazah
Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah Darulaman, Malaysia.

Tel : 604-9284877 / 4880
Faks : 604-9284909
Website : www.cedi.uum.edu.my

mygov myideas