PROGRAM KERJASAMA BESTARI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

 

Pada tahun 2004, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu Program Kerjasama Bestari bersama. Sebagai permulaan, satu bengkel telah diadakan untuk membangunkan subjek perkastaman untuk dilaksanakan oleh UUM. Hasilnya, pada 16 Jun 2006 satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama oleh kedua - dua pihak. Antara kandungan MoU tersebut adalah bekerjasama dengan menggabungkan kepakaran untuk menubuhkan dan menjalankan program di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Kedoktoran.

Pada 3 Ogos 2008 Memorandum Perjanjian Usahasama (MoA) telah ditandatangani antara JKDM – UUM untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan KAAK bagi menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan satu penyampaian satu perkhidmatan dengan mewujudkan Customs Business Highway serta meneruskan usaha Customs Literate Society. Selaras dengan pertukaran nama baru daripada Kursus Asas Agen Kastam (KAAK) kepada Kursus Ejen Kastam (KEK) modul baharu KEK ini berkuatkuasa sepenuhnya mulai Januari 2009. Selaras dengan kerjasama bestari ini, pihak AKMAL, UUM dan persatuan ejen telah membangunkan modul bagi Kursus Ejen Perkapalan (KEP) pada Jun 2010 dan modul tersebut telah ditambah baik pada Mei 2011 dan dijalankan sehingga sekarang.

 

KURSUS EJEN KASTAM

Pihak CEDI-UUM dan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) telah menggembleng usaha bersama Persatuan Ejen untuk menghasilkan dan mengemaskini modul baharu KEK dan telah menghasilkan modul baharu yang terbahagi kepada dua iaitu Modul Eksekutif (75 jam kursus) dan Modul Bukan Eksekutif  (57 jam kursus).

 

KURSUS EJEN PERKAPALAN

Tujuan utama Kursus Ejen Perkapalan (KEP) dibangunkan adalah untuk meningkatkan profesionalisme ejen perkapalan untuk mewujudkan sistem pelepasan  dagangan yang cekap, tepat dan telus dan seterusnya meningkatkan kecekapan perdangangang antarabangsa. Kursus ini melibatkan modul-modul perkastaman selama 13 jam kursus bersamaan dengan dua (2) hari.

 

TARIKH - TARIKH KURSUS EJEN KASTAM & PERKAPALAN 2018

 

JENIS KURSUS  

TEMPAT

TARIKH KURSUS

TARIKH PEPERIKSAAN

KEK BUKAN EKSEKUTIF
Selangor Freight Forwarders & Logistics Association (SFFLA),Klang
6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 Julai 2018
16 Julai 2018
KEK BUKAN EKSEKUTIF
Penang Freight Forwarders Association (PFFA), Batu Maung ,Penang            
10, 11, 12, 16, 17, 18, 19 Julai 2018    
20 Julai 2018
KEK EKSEKUTIF
Klang, Selangor
3, 4, 5, 6, 10, 11, 12, 13, 17 Ogos 2018
19 Ogos 2018
KEK EKSEKUTIF
Kuching, Sarawak
3, 4, 5, 6, 10, 11, 12, 13, 17 Ogos 2018
19 Ogos 2018
KEK EKSEKUTIF
Kolej Teknologi Alpha, Seremban
29, 30, 31 Ogos 2018
1, 2, 3, 4, 6 September 2018
7 September 2018
KEK EKSEKUTIF
Pulau Pinang
7, 8, 9, 10, 14, 15, 16, 17, 21, 22 September 2018
23 September 2018
KEK BUKAN EKSEKUTIF
Kota Kinabalu, Sabah
21, 22, 23, 24 , 28, 29, 30 September 2018
 1 Oktober 2018
KEK EKSEKUTIF
Johor Port Shipping & Forwarding Association (JPSFA), Johor
12, 13, 14, 15, 19, 20, 21, 22, 26, 27 Oktober 2018
28 Oktober 2018

 ** TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DARI SEMASA KE SEMASA

 

2. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KURSUS EJEN KASTAM DAN PERKAPALAN 2018

Bil. 
 PROGRAM                              
KEPUTUSAN  
 KURSUS EJEN KASTAM  EKSEKUTIF (KEK E)
1.
Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 1 - Kolej Teknologi Alpha
Download
 2.
Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 2 - Universiti Utara Malaysia
Download
3.
Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 3 - Universiti Utara Malaysia
Download
4.
Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 4 - Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang
 Download
5.
Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 5 - Johor Port Shipping & Forwarding Association (JPSFA)
Download
6.
Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 6 - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Download
7.
Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 7 - Crystal Crown Hotel, Klang
Akan Dimaklumkan
8.
 Kursus Ejen Kastam Eksekutif Siri 8 - Kolej Teknologi Alpha
Akan Dimaklumkan 
KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF (KEK BE)
 1.
Kursus Ejen Kastam Bukan Eksekutif Siri 1 - Holiday Villa Hotel & Spa, Cherating, Pahang
Download
 2.
Kursus Ejen Kastam Bukan Eksekutif Siri 2 - Johor Freight Forwarders Association (JOFFA)
Download
3.
 Kursus Ejen Kastam Bukan Eksekutif Siri 3 - Labuan
Akan Dimaklumkan
4. Kursus Ejen Kastam Bukan Eksekutif Siri 4 - Selangor Freight Forwarders & Logistics Association (SFFLA)
Akan Dimaklumkan
5.  Kursus Ejen Kastam Bukan Eksekutif Siri 5 - Crystal Crown Hotel, Klang
Akan Dimaklumkan 
KURSUS EJEN PERKAPALAN (KEP)
 1. Kursus Ejen Perkapalan Siri 1 - Cathayana Hotel, Pahang
Download
2. Kursus Ejen Perkapalan 2 - Johor Port Shipping & Forwarding Association (JPSFA)
 Download
3. Kursus Ejen Perkapalan 2 - Selangor Freight Forwarders & Logistics Association (SFFLA)
Akan Dimaklumkan

* Sekiranya terdapat kesalahan ejaan nama atau no kad pengenalan, sila maklum kepada pihak urusetia melalui email seperti di bawah.

 

 

 Semua borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah atau faks ke 04 - 9284909

 

       Pengarah

       Institut Pembangunan Keusawanan dan Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia, 06010  

       Sintok, Kedah

       Tel : 04-9284882 / 04 - 9284887

       Email : mhfadzil@uum.edu.my / husnizaim@uum.edu.my /            

                  fithri@uum.edu.my /usop@uum.edu.my / zuraini@uum.edu.my

 

 

 

 

 

 

 

      BORANG PERMOHONAN ONLINE